17 FebJan 31, 11 11:46amKongsi 0Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini menetapkan 17 Februari untuk sebutan bagi permohonan semakan kehakiman oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung keputusan Koroner yang merumuskan kematian Teoh Beng Hock sebagai keputusan terbuka.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki memutuskan demikian selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak dan beliau hanya membenarkan pihak pendakwaan dan keluarga Teoh sahaja berhujah berkaitan permohonan itu.
Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kerajaan Negeri Selangor dan Badan Peguam dibenarkan bertindak sebagai pemerhati sahaja.
"Saya rasa yang terlibat secara terus adalah keluarga si mati. Dalam inkues sebenarnya melibatkan polis yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya dan koroner akan membuat keputusan tetapi di dalam kes ini saya beri hak kepada keluarga si mati kerana anak mereka telah meninggal dunia dan ini menjadi saluran untuk melahirkan rasa terkilan," katanya.
Semasa inkues, kesemua pihak terbabit dibenarkan oleh Koroner Azmil Muntapha Abas untuk berhujah serta menyoal balas saksi sepanjang prosiding.
Teoh, 30, Setiausaha Politik kepada Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 Plaza Masalam di Shah Alam.
Inkues bagi menyiasat dan menentukan punca kematian Teoh bermula pada 29 Julai 2009 ekoran kematiannya menimbulkan tanda tanya kerana beberapa jam sebelum itu dia dipanggil ke SPRM untuk disoal berhubung dakwaan penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri Selangor.
Di awal prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Dzulkifli Ahmad memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan tetap meneruskan permohonan itu walaupun pihak kerajaan telah menubuhkan Suruhanjaya Diraja yang akan bersidang 14 Februari ini.
Katanya permohonan tersebut dibuat pada 7 Januari lalu dan keputusan untuk penubuhan Suruhanjaya Diraja dibuat selepas itu iaitu pada 26 Januari.
Bagaimanapun, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh memohon keputusan itu dikaji semula kerana Suruhanjaya Diraja berkemungkinan akan menyiasat perkara sama yang turut melibatkan siasatan terhadap kematian dan perjalanan siasatan SPRM terhadap Teoh.
Berikutan kenyataan Gobind itu, hakim memerintahkan tarikh sebutan ditetapkan selepas sidang pertama Suruhanjaya Diraja berlangsung bagi mengetahui skop siasatan.
--Bernama
Sunday, January 30, 2011
Beng Hock: Prosiding bermula 14 Feb.
KUALA LUMPUR 29 Jan. 2011 - Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock yang diumumkan penubuhannya oleh kerajaan awal bulan ini akan memulakan prosiding pertamanya pada 14 Februari nanti.
Pengerusi Suruhanjaya itu, Tan Sri James Foong Cheng Yuen berkata, prosiding yang mengambil masa tiga bulan itu dijangka selesai sebelum 25 April.
Beliau yang juga Hakim Mahkamah Persekutuan berkata, persidangan akan diadakan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat di Kompleks Mahkamah Jalan Duta bermula pukul 9 pagi dan berakhir kira-kira pukul 4 petang.
"Setelah laporan itu siap, ia akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 25 April yang kemudiannya akan membuat keputusan mengenai siasatan itu.
"Saya percaya, suruhanjaya ini mampu menyelesaikan siasatan sebelum tarikh tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat membabitkan panel Suruhanjaya Diraja di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini.
Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan senarai panel Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock setelah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Selain Cheng Yuen, suruhanjaya tersebut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T. Selventhiranathan; Pakar Perunding Patologi Forensik Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr. Bhupinder Singh.
Ia juga dianggotai oleh Pakar Perunding Psikiatri Forensik/Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom dan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Saripuddin Kasim yang dilantik sebagai Setiausaha Suruhanjaya itu.
Pada masa sama, tiga pegawai kerajaan juga dilantik sebagai pegawai pengendali suruhanjaya iaitu Amarjeet Singh a/l Serjit Singh, (Timbalan
Ketua Bahagian Guaman I); Awang Armadajaya Awang Mahmud (Timbalan Pendakwa Raya) dan Kwan Li Sa (Timbalan Pendakwa Raya).
Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga menetapkan terma rujukan Suruhanjaya Diraja seperti berikut;
n Untuk menyiasat sama ada wujud atau tidak apa-apa ketidakwajaran dalam perjalanan pemeriksaan Teoh Beng Hock dalam perjalanan penyiasatan Laporan Shah Alam Nombor 0052/2009 oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dengan Perintah-Perintah Tetap dan amalannya dan untuk mengesyorkan apa-apa tindakan yang sesuai, jika perlu.
n Untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock dan hal keadaan yang menyelubungi dan membawa kepada kematiannya.
Sementara itu, Cheng Yuen memberitahu, satu lagi mesyuarat membabitkan panel dan pegawai pengendali Suruhanjaya Diraja akan diadakan 9 Februari ini bagi membincangkan perkembangan suruhanjaya tersebut.
Selain itu, katanya, pengendali suruhanjaya juga akan bermesyuarat pada Isnin ini (31 Jan) bagi membincangkan mengenai jumlah saksi yang perlu dipanggil sepanjang prosiding itu berlangsung.
"Suruhanjaya juga melakukan tinjauan terhadap kamar yang akan digunakan sepanjang prosiding ini berlangsung dan kita berpuas hati dengan bilik itu," katanya

Wednesday, January 19, 2011
Semakan inkues Beng Hock didengar 31 Januari
SHAH ALAM 19 Jan. 2011 - Permohonan semakan yang difailkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail terhadap keputusan inkues siasatan kematian Teoh Beng Hock akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada 31 Januari ini.
Tarikh tersebut ditetapkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Khairul Nizam Abu Bakar hari ini dan permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki.
Pada 5 Januari lalu, Mahkamah Koroner di sini mengesahkan Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor itu menemui ajal bukan akibat dibunuh.
Koroner Azmil Muntapha Abas turut menolak kemungkinan lelaki itu membunuh diri serta merumuskan ia sebagai keputusan terbuka.
Dua hari selepas itu, Abdul Gani memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi berikutan kebimbangan yang dilahirkan daripada keputusan prosiding inkues tersebut.
Beng Hock, 30, Setiausaha Politik kepada Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 Plaza Masalam di sini.
Inkues bagi menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock bermula pada 29 Julai 2009 ekoran kematiannya menimbulkan tanda tanya kerana beberapa jam sebelum itu dia dipanggil ke SPRM untuk disoal berhubung dakwaan penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri Selangor.
Walaupun pada peringkat awal inkues dijangka selesai dalam tempoh sebulan, namun ia berlarutan selama 15 bulan tujuh hari dengan 37 saksi termasuk pakar patologi dari Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand dipanggil memberi keterangan.

Wednesday, January 5, 2011
Penghakiman terbuka: Teoh tak bunuh diri atau dibunuh
Aidila Razak
Jan 5, 11
3:09pmKongsi 156Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini membuat penghakiman terbuka berhubung inkues Teoh Beng Hock, yang ditemui mati pada 16 Julai 2009.
Beliau memutuskan punca kematian Teoh bukan kerana bunuh diri mahupun dibunuh.
Menurutnya, masih ada isu-isu yang belum diselesaikan pada kes bunuh diri dan menegaskan bahawa untuk menentukannya secara telahan adalah tidak boleh diterima.
Berikutan itu, Azmil memutuskan kematian Teoh bukan kerana bunuh diri.
Azmil berkata, ada bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa kecederaan pada leher Teoh berlaku sebelum dia jatuh, tetapi tidak ada bukti untuk mengesahkan bahawa kecederaan itu menyumbang kepada kematiannya.
Azmil, yang mendengar inkues itu mulai 29 Julai, 2009, juga berkata tidak ada pihak ketiga yang terbabit dengan kematian tersebut.
Sebelum itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini sesak dengan penyokong dan media bagi mendengar keputusan inkues berhubung kematian pembantu exco kerajaan negeri Selangor Teoh Beng Hock yang mati dua tahun lalu.
Mendiang Teoh dijumpai tidak bernyawa ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) selepas terjatuh dari tingkat lima pejabat SPRM Shah Alam.
Kira-kira jam 2 petang, ibubapa dan adik perempuannya hadir di perkarangan mahkamah.
Sementara itu, penyokong-penyokongnya menaikkan kain rentang serta melaungkan 'Justice For Beng Hock'.
Tidak kurang juga yang memakai bunga kekwa putih di baju mereka.
Manakala peguam-peguam yang mewakilinya pelbagai pihak pula hadir kira-kira jam 2.30 petang.
Kelihatan juga di perkarangan jumlah anggota polis yang luar biasa ramainya dan sekatan jalan di beberapa jalan utama menuju ke mahkamah.

Tuesday, January 4, 2011
Keputusan inkues kematian Teoh diketahui esok
Jan 4, 11 3:00pmKongsi 11Keputusan yang ditunggu-tunggu mengenai inkues kematian pembantu politik kepada seorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Teoh Beng Hock dijangka diketahui pada petang esok.
Koroner Azmil Muntapha Abas akan menyampaikan keputusan di Mahkamah Majistret Shah Alam pada jam 2.30 petang esok.
Anggota keluarga Teoh, peguam yang mewakili pelbagai pihak, orang awam dan wakil media dijangka berada di bilik mahkamah itu yang terletak di tingkat dua, bangunan sambungan kompleks mahkamah itu.
Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa ketika dihubungi berkata setakat ini tidak ada tanda-tanda sebarang penangguhan mengenai keputusan itu yang diterima daripada pegawai mahkamah berkenaan.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai, 2009, selepas beliau memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza itu.
Setelah banyak menuding jari dan tuduhan, pejabat Peguam Negara mengarahkan inkues itu diadakan berikutan kematian Teoh yang membangkitkan beberapa persoalan sama ada beliau membunuh diri atau dibunuh dan paling penting, bagaimana, bila dan cara mangsa itu menemui ajalnya.
Laporan meluas bahawa beliau mati beberapa jam selepas disoal siasat oleh SPRM mengenai dakwaan menyalahgunakan peruntukan kerajaan Selangor.
Pada awalnya, inkues itu dijadual diselesaikan dalam masa sebulan tetapi ia berlarutan sehingga 4 Nov tahun lepas, di mana Koroner Mahkamah itu mendengar keterangan daripada 37 saksi termasuk patologis Thai yang terkenal Dr Pornthip Rojanasunand.
Dr Pornthip, yang dijemput oleh kerajaan Selangor, menimbulkan kontroversi di mana beliau mendakwa Teoh mungkin dibunuh yang menyebabkan mayat Teoh digali semula untuk bedah siasat kedua.
Bagaimanpun, apabila mahkamah itu dijangka mendengar pandangan kepakarannya selepas autopsi kedua, beliau menimbulkan bantahan awam khasnya daripada kalangan pegawai SPRM dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz apabila beliau mendakwa diugut agar jangan hadir pada inkues tersebut.
Semasa kehadiran beliau di mahkamah buat kali kedua pada 18 Ogos, Dr Pornthip berkata bedah siasat kedua menunjukkan Teoh bukan diserang atau diseksa, tetapi mengekalkan keterangan bahawa ia bukanlah pembunuhan diri.
Pakar forensik British Prof Dr Peter Vanezis yang diambil oleh SPRM memberikan keterangan bahawa Teoh masih sedar apabila beliau terjun dan ditemui mati.
Beliau berkata kecederaan menunjukkan Teoh sedar sepenuhnya pada masa kejadian itu.
Katanya dalam keterangan bahawa bedah siasat kedua yang diawasi oleh beliau membuktikan bahawa tidak ada kecederaan itu menunjukkan beliau dibunuh dengan cara lain atau dicampak ke luar tingkap.
- Bernama

Subscribe to:
Posts (Atom)