Tuesday, April 19, 2011

Beng Hock lebih banyak berfikir, berdiam diri

Beng Hock lebih banyak berfikir, berdiam diri
19/04/2011 4:48pm


KUALA LUMPUR 19 April - Seorang saksi hari ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock bahawa setiausaha politik kepada Exco Selangor itu dilihat lebih banyak berfikir dan berdiam diri ketika mereka bertemu di ruang tamu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Selangor.

Lee Wye Weng, 52, yang merupakan seorang ahli perniagaan berkata, Beng Hock juga kelihatan agak letih dan daripada raut wajahnya, Beng Hock seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

"Saya berjumpa dengan Teoh selepas kembali ke pejabat SPRM pada awal pagi, 16 Julai 2009 dan pada ketika itu Teoh sedang berehat di atas sofa di kawasan Pendidikan Masyarakat (Penmas),” katanya.

Wye Weng menjelaskan, walaupun agak terkejut dengan pertemuan itu, namun beliau sempat berbual dengan Beng Hock kira-kira 20 minit sebelum Wye Weng dibawa oleh pegawai SPRM untuk dirakam percakapan sekitar pukul 1 pagi.

"Dalam pertemuan itu, Teoh memaklumkan telefon dan pasportnya telah diambil oleh pegawai SPRM dan beliau juga memberitahu kepada saya yang beliau (Teoh) tidak suka komputer riba miliknya diambil oleh pegawai berkenaan,” katanya ketika disoal pegawai pengendali Awang Armadajaya Awang Mahmud. - Bernama

No comments:

Post a Comment