Ogos 11, 09 4:19pm
Enam kesan cap jari berbeza ditemui pada sampul surat ugutan bunuh terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan minggu lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis sedang menunggu laporan analisis untuk mengenal pasti pemilik cap jari itu,
selain laporan ujian DNA pada sampul surat berkenaan, lapor Bernama.
"Kita dapati penghantar surat ini menggunakan air liur untuk melekatkan gam pada sampul surat dan ujian DNA air liur ini diambil," beliau dipetik berkata di Rawang hari ini.
Tambahnya, siasatan awal polis mendapati sampul surat itu dimasukkan ke dalam peti pos awam di Shah Alam sebelum dihantar ke Ibu Pejabat Pos Kuala Lumpur dan diedarkan ke SPRM Selangor.
Ahmad Said menerima ancaman bunuh itu susulan kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik seorang exco kerajaan Selangor, selepas disoal siasat di pejabat SPRM Selangor, 16 Julai.
Surat ancaman bunuh itu diterima oleh Ahmad Said di pejabat SPRM negeri di Plaza Masalam, Shah Alam, pada 24 Julai lalu.
Dalam surat bertulisan tangan itu, penulis menyalahkan Ahmad Said dan SPRM atas kematian Teoh dan mengugut untuk menembak pegawai tinggi kerajaan itu.
Penulis juga menyatakan rasa tidak puas hati kerana SPRM tidak bertindak terhadap pemimpin BN serta MCA dan hanya menyiasat pemimpin DAP sahaja, lapor agensi berita itu lagi.
Teoh, 30, ditemui mati di koridor tingkat 5 bangunan plaza berkenaan selepas diminta memberi keterangan berhubung kes penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri.
Monday, January 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment