RCI Teoh: Nota misteri sama dengan kenyataanS Pathmawathy
Feb 28, 11
12:40pmKongsi 0Suruhanjaya Diraja (RCI) yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock diberitahu terdapat persamaan antara kenyataannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan sekeping nota yang didakwa ditulis oleh pembantu politik itu.
Peguam, Muhammad Shafee Abdullah (kanan) yang mewakili SPRM hari ini mengemukakan nota yang didakwa ditulis oleh Teoh itu.
Teoh dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan salah guna dana kerajaan negeri Selangor oleh majikannya, ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.
Hari ini, pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal berkata Teoh memberitahu SPRM Selangor bahawa segala yang dialkukannya itu adalah “atas arahan YB (Ean Yong)”.
Muhammad Shafee kemudian menyoal Ahmad Nazri jika perkara berkenaan sama dengan nota yang dipercayai ditulis oleh Teoh yang dalam hal ini merujuk kepada “mengikut arahan YB”.
Monday, February 28, 2011
Tiada had masa soal siasat saksi
Tiada had masa soal siasat saksi
Oleh Norhashimah Mohd Radzali
2011/03/01
Kebiasaan bagi pegawai penyiasat SPRM ada di pejabat dari malam hingga pagi
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock di sini semalam, diberitahu tiada had masa untuk pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyoal siasat saksi dan sudah menjadi amalan biasa siasatan dijalankan sehingga lewat pagi.
Pemangku Penguasa Kanan SPRM, Azian Omar, 31, berkata tiada garis panduan mengenai had masa ditetapkan untuk menyoal saksi dan mengakui mereka juga bertugas selama 24 jam seperti polis. Azian berkata, sudah menjadi kebiasaan pegawai penyiasat menyoal saksi pada waktu malam hingga awal pagi di pejabat mereka dan jika membabitkan suspek, ia dijalankan waktu siang kerana suspek perlu dihantar ke lokap polis sebelum jam 6 petang. “Tiada lokap di pejabat SPRM, oleh itu suspek perlu dihantar ke lokap di balai polis. Bagi saksi pula, mereka disoal tanpa mengira waktu kerana ada yang memilih untuk tidak memaklumkan majikan bagi mendapat pelepasan waktu kerja.
“Kebanyakan saksi akan datang ke pejabat SPRM pada waktu malam kerana mereka tidak mahu memberitahu majikan bahawa mereka dipanggil SPRM,” katanya.
Azian berkata, kebanyakan saksi memilih menghabiskan rakaman percakapan mereka pada hari yang sama supaya tidak perlu datang berulang kali ke pejabat SPRM, namun bagi kes tertentu ada saksi tidak digalakkan pulang awal bagi mengelakkannya mereka cerita apabila dipanggil hadir bagi kali kedua.
Katanya, tugas pegawai SPRM berbeza dengan polis kerana ia membabitkan banyak dokumen yang perlu diteliti selain mengambil masa yang lama.
Disoal berhubung tindakan saksi berehat di pejabat SPRM dan tidak pulang walaupun sudah diberi kebenaran, beliau berkata ia perkara biasa malah pernah melihat saksi tidur di sofa pejabatnya.
Azian berkata, ketika kejadian pegawai penyiasat SPRM yang menjalankan siasatan berhubung salah guna wang peruntukan negeri Selangor, Mohd Anuar Ismail, adalah pegawai atasannya dan mengakui yang menyerahkan salinan kad pengenalan Beng Hock kepada polis selepas diarah berbuat demikian.
Sementara itu, Suruhanjaya mengesahkan pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, akan hadir memberikan keterangannya di hadapan suruhanjaya pada 16 dan 17 Mac ini, manakala pakar forensik British, Dr Peter Venezis, pada 29 dan 30 Mac ini.
Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen, berkata suruhanjaya juga sudah menyerahkan surat dipercayai nota bunuh diri ditulis Beng Hock kepada penyiasat bebas warga British, Michael Leslie Squires, yang dilantik suruhanjaya pada 24 Februari lalu.
Katanya, Leslie Squires akan memaklumkan hasil siasatannya tidak lama lagi. Prosiding bersambung hari ini.

Wednesday, February 23, 2011
Suruhanjaya arah selidik, periksa semula barang Beng Hock

2011/02/23
KUALA LUMPUR: Siasatan kematian Teoh Beng Hock yang hari ini masuk hari kelapan diperluaskan dengan menyelidik dan memeriksa semula beberapa barang milik setiausaha politik itu.
Suruhanjaya Siasatan juga mengarahkan Pegawai Penyiasat Ahmad Nazri Zainal meneliti dan memeriksa semula beberapa kawasan di tempat kejadian yang tidakdiberi perhatian sepenuhnya dalam inkues lalu. Pengerusi Suruhanjaya Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng
Yuen, berkata barang milik Teoh seperti kamera video, cakera padat (CD),
thumbdrive dan cakera padat digital (DVD) akan diserah kepada penyiasat
persendirian bagi mendapatkan maklumat di dalamnya.
Kelima-lima anggota suruhanjaya pada awalnya kelihatan terkejut apabila
diberitahu Ahmad Nazri bahawa beliau tidak pernah mengarahkan sebarang siasatan dibuat ke atas barang terbabit kecuali kamera video.
"Saya ada lihat sendiri kamera video itu tetapi ia hanya tunjuk Teoh sedang
bekerja," katanya ketika disoal pegawai pengendali Amarjeet Singh pada prosiding
siasatan bagi mengenal pasti punca kematian Teoh.
Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah,
ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah
Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.
Mengenai pemeriksaan semula di tempat kejadian, arahan itu dibuat berikutan
kegagalan Ahmad Nazri mengesan kepala jam tangan (bahagian permukaan yang
menunjukkan jarum dan waktu) milik Teoh di tingkat lima Plaza Masalam.
Ketika itu Ahmad Nazri hanya menjumpai tali jam tangan.
Fokus utama pencarian baru itu ialah di dalam satu lubang berhampiran mayat
Teoh ditemui terbaring kerana Ahmad Nazri pernah mencuba mencari di dalamnya
tetapi gagal memasukkan tangan kerana itu lubang terlalu kecil.
Hakim Foong memerintahkan pegawai penyiasat itu pergi ke tempat itu sekali
lagi petang ini dan cuba mengoreknya menggunakan peralatan yang sepatutnya
dengan dihadiri wakil Majlis Peguam dan SPRM.
Isu pemeriksaan semula itu timbul setelah Pakar Perunding Patologi Forensik,
Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh
menyatakan terdapat kemungkinan kepala jam terbabit jatuh ke dalam lubang itu.
Suruhanjaya itu turut dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk
Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T. Selventhiranathan,
dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik dan Dekan Fakulti Perubatan Kolej
Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.
Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak pada 26 Jan lepas, antara lain bagi menyiasat punca kematian Teoh selepas
Mahkamah Koroner membuat 'keputusan terbuka' berhubung kes itu.
Sementara itu, Ahmad Nazri ketika ditanya anggota suruhanjaya kenapa beliau
tidak mencatat segala penemuan barang Teoh ketika kali pertama melihatnya,
berkata, pada masa itu beliau perlu menumpukan pada mayat mangsa kerana timbul
kekecohan berikutan pihak media dan ahli politik yang cuba memasuki tempat
kejadian.
Bagaimanapun kenyataan Ahmad Nazri itu dipersoalkan Abdul Kadir yang berpendapat beliau sepatutnya meminta bantuan daripada anggota yang lain bagi
menyelesaikan kekecohan itu dan memberi perhatian ke atas beg itu.
Ahmad Nazri kemudiannya berkata, beliau menyelidik beg itu (peringkat awal)
hanya untuk mengetahui pemilik dan kehadiran Teoh di tingkat 14 (pejabat SPRM)
dan ia dibuat secara kasar sahaja tanpa mencatatnya.
Katanya, beliau memeriksa semula kandungan itu di pejabatnya pada jam 12
malam, 17 Julai 2009 tetapi tidak mencatat kesemua barang yang berada di
dalamnya kerana dianggap kecil nilainya.
Beliau membuat pemeriksaan sekali lagi pada 7 Oktober 2009 dan ketika itulah
menemui beberapa nota tulisan tangan dalam rumi dan Mandarin.
Pada inkues sebelum ini Ahmad Nazri mendedahkan bahawa ada di antara tulisan
tangan itu mengandungi tulisan Teoh yang tercatat 'selamat tinggal'.
Pada awal prosiding, pegawai penyiasat itu memberitahu bahawa kakitangan di
pejabat SPRM enggan memberi kerjasama dengan hanya berdiam diri ketika disoal
pada hari kejadian (16 Julai 2009) manakala kebanyakan pegawai lelaki diarahkan ke Putrajaya.
"Ada pegawai SPRM tetapi tidak pasti dengan jumlah bilangan dalam pejabat
itu. Tiada yang ke tempat itu (di tepi tingkap yang dipercayai digunakan
mangsa)."
Dalam prosiding hari ini juga, Hakim Foong memberitahu bahawa suruhanjaya
menolak permohonan Majlis Peguam dan SPRM untuk menempatkan dua pakar psikiatri
ketika perbicaraan tetapi membenarkan pakar itu menemu bual saksi dalam sesi berasingan dan hasil laporannya diserahkan kepada suruhanjaya.
Suruhanjaya juga memutuskan meneruskan penayangan prosiding secara langsung
di luar mahkamah.
Prosiding disambung esok. - BERNAMA

Tuesday, February 22, 2011
Suruhanjaya arah siasat semula tempat kejadian

23/02/2011 12:57pm
KUALA LUMPUR 23 Feb. - Suruhanjaya Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock mengarahkan agar siasatan tempat kejadian dilakukan sekali lagi pada petang ini bagi mencari bahagian jam tangan setiausaha politik Exco Selangor yang masih belum dijumpai sehingga kini.
Pengerusinya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen berkata, bahan bukti itu amat penting bagi membantu menentukan masa lelaki berkenaan dikatakan terjatuh dari tingkat 14 dan terhempas di koridor tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai 2009.
Dalam keterangan saksi-saksi sebelum ini, hanya tali jam sahaja yang dijumpai di tempat Beng Hock ditemui mati. - Utusan

Monday, February 21, 2011
Suruhanjata Diraja bawa Pornthip, Vanezis
Suruhanjata Diraja bawa Pornthip, VanezisJoseph Sipalan
Feb 22, 11
10:57amKongsi 0Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian pembantu politik Teoh Beng Hock akan mengutus surat kepada Kedutaan Thailand bagi mendapatkan bantuan pakar patologi negara itu, Dr Pornthip Rojanasunand untuk memberi keterangan.
Pengerusi suruhanjaya, Tan Sri James Foong berkata pihaknya telah menulis kepada kedua-dua Pornthip and Dr Peter Vanezis melaui surat dan juga e-mail, tetapi masih belum mendapatkan jawapan.
Katanya, setiausaha suruhanjaya itu, Saripuddin Kasim hanya berjaya menghubungi setiausaha Pornthip melaui telefon.
"Ia tidak berakhir setakat itu... Kita akan menulis kepada Kedutaan Thailand dan minta Pornthip beri keterangan," katanya sambil menambah perkara yang sama dilakukan bagi mendapatkan Vanezis.
Penyiasat persendirian
Pornthip dan Vanezis adalah pakar patologi yang dibawa memberi keteranagn pada inkues bagi menentukan punca kematian pembantu politik DAP itu.
Porrnthip mengejutkan negara apabila beliau berkata Teoh kemungkinan dicekik dan kematiannya bukan akibat jatuh dari sebuah tingkap pada tingkat 14, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam, Shah Alam.
Mayatnya dijumpai pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat 5. Koroner membuat penghakiman terbuka dengan memutuskan kematiannya bukan kerana bunuh diri ataupun dibunuh.
Foong juga mengumumkan suruhanjaya berkenaan akan melantik penyiasat persendirian menjelang esok bagi menyemak bukti-bukti yang dikemukakan.
Namun, beliau tidak menamakan identiti penyiasat persendirian itu.
SMS didedah
Mengenai perkara yang sama, Chris Leong, yaang bertindak bagi pihak Majlis Peguam memaklumkan kepada suruhanjaya itu bahawa mereka telah menghubungi polis hong Kong bagi memohon bantuan mereka sebagai penyiasat persendirian.
Mengenai data yang diperolehi dari telefon Teoh, Foong (kiri) berkata pihaknya akan mendapatkan kerjasama syarikat telekomunikasi, Digi bagi membekalkan rekod penuh termasuk panggilan dan SMS yang telah dipadamkan dari akaunnya.
Seorang jurubahasa Cina juga dibawa hari ini bagi menterjemahkan mesej yang dijumpai pada telefon Teoh.
Suruhanjaya hari ini juga dimaklumkan kandungan lebih kurang 30 khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada telefon bimbit milik Teoh tidak pernah diterjemah atau disoal balas dalam inkues sebelum ini.
Siasatan akan bersambung dengan Leong meneruskan soalannya ke atas saksi kelapan, Inspektor Mohd Zaidi Abu Hassan, yang membina laporan data yang diperolehi daripada telefon Teoh.

Lebih 30 SMS bahasa Cina Beng Hock didedahkan

22/02/2011 1:08pm
KUALA LUMPUR 22 Feb. - Kandungan lebih 30 khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam bahasa Cina yang tersimpan dalam telefon bimbit milik Teoh Beng Hock serta tidak pernah didedah hari ini diterjemah dalam prosiding suruhanjaya untuk menyiasat kematian Setiausaha Politik Exco Selangor itu.
Isi kandungan semua SMS tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh seorang jurubahasa mahkamah sementara menunggu ia dianalisis semula oleh penyiasat persendirian yang bakal dilantik oleh suruhanjaya.
Turut didedahkan ialah panggilan terakhir serta SMS yang diterima selepas Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai 2009. - Utusan

Telefon bimbit Beng Hock dianalisis penyiasat bebas
KUALA LUMPUR 21 Feb. 2011 - Suruhanjaya Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock hari ini mengarahkan supaya telefon bimbit dan kad SIM milik Setiausaha Politik Exco Selangor itu diserahkan kepada penyiasat bebas untuk dianalisis semula.
Pengerusinya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen memutuskan demikian selepas dimaklumkan terdapat beberapa data tidak dapat dikesan selain tiada terjemahan bagi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang ditulis dalam bahasa Cina.
"Ia adalah perkataan bahasa Cina yang mudah. Ia boleh memberi manfaat sekiranya diterjemah.
"Kita serahkan kepada penyiasat persendirian untuk siasat telefon bimbit ini. Pastikan kad SIM disimpan dengan baik," katanya.
Terdahulu, pegawai penyiasat dari Seksyen Jenayah Komputer, Makmal Forensik Cheras, Inspektor Mohd. Zaidi Abu Hassan, 29, berkata, satu unit telefon bimbit, kad SIM, kad memori dan bateri telefon bimbit milik Beng Hock diserahkan kepadanya untuk dianalisis pada 21 Julai 2009.
Beliau yang memberi keterangan turut mengemukakan laporan analisis telefon bimbit yang mengandungi pelbagai maklumat termasuk panggilan, SMS dan nombor telefon yang disimpan.
Saksi itu bagaimanapun mengakui bahawa sistem atau peralatan yang digunakan di makmal tidak mampu mengesan kesemua data termasuk maklumat-maklumat yang telah dipadamkan.
Berikutan itu, Cheng Yuen memberitahu bahawa suruhanjaya memerlukan kesemua maklumat yang terdapat dalam telefon bimbit itu secara terperinci.
Beliau turut terkejut apabila pegawai pengendali suruhanjaya, Kwan Li Sa memaklumkan bahawa kesemua SMS yang ditulis dalam bahasa Cina itu tidak pernah diterjemah kerana tiada sebarang arahan atau permintaan untuk berbuat demikian.
Peguam yang mewakili Badan Peguam Malaysia, Christopher Leong pula mempersoalkan tentang rekod menunjukkan terdapat SMS dibuka pada 16 Julai 2009 iaitu pada hari Beng Hock ditemui mati tanpa masa yang tepat.
Katanya, rekod tersebut juga menunjukkan seseorang mungkin bertindak mematikan telefon bimbit itu pada keesokan hari kerana terdapat SMS yang belum dibuka atau dibaca.
Telefon bimbit itu dijumpai di atas sofa di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhampiran beg sandang milik Beng Hock sebelum ia diserahkan kepada pegawai penyiasat kes itu.
Sementara itu, Deputi Supritendan Sharul Othman Mansor yang mengetuai siasatan di tempat kejadian pada 19 Julai 2009 memberitahu, satu kesan tapak kasut dijumpai pada bingkai bawah tingkap di pejabat SPRM di tingkat 14 Plaza Masalam, Shah Alam.
Beliau yang merupakan pegawai penyiasat tempat kejadian jenayah dari Makmal Forensik Cheras berkata, kesan sepanjang 22.8 sentimeter (sm) di atas bingkai tingkap selebar 6.3 sm itu dijumpai semasa beliau menggunakan lampu forensik di bahagian tersebut.
"Saya tidak ambil kesan tapak kaki itu kerana ia tidak penuh tetapi saya ada ukur dan ambil gambar.
"Saya rasa ukuran sembilan inci (22.8sm) bukan ukuran tepat bagi kasut sebenar. Malah saya tidak boleh tentukan bahagian belakang atau depan kasut tersebut," katanya.
Shahrul yang diarah untuk menjalankan siasatan kedua, iaitu tiga hari selepas pasukan forensik yang diketuai oleh Cif Inspektor Mazli Jusoh @ Che Kob membuat pemeriksaan turut mengukur kasut milik Beng Hock dalam prosiding hari ini dan mengesahkan ia berukuran 27.9sm.
Beliau yang beranggapan kemungkinan pihak atasan tidak berpuas hati dengan siasatan pertama bagaimanapun mengaku tidak dapat melaksanakan tugas dengan sempurna kerana tempat kejadian tidak dikawal dan dikhuatiri telah diusik.
Berikutan permintaan peguam yang mewakili keluarga Beng Hock, beliau sekali lagi mengetuai pasukan forensik untuk melakukan siasatan di tempat kejadian pada 10 Ogos 2009.
Lawatan yang turut disertai oleh semua pihak termasuk wakil dari Thailand, kerajaan negeri Selangor dan pakar asid deoksiribonukleik (DNA) itu bagaimanapun gagal menemui sebarang kesan darah seperti yang didakwa terdapat pada dinding serta tangga antara tingkat 14 dan 15 di plaza itu.
Pada prosiding hari ini, Mazli yang menyambung keterangan bersetuju dengan cadangan Christopher bahawa seseorang yang ingin keluar ikut tingkap akan memegang bingkai atau duduk di birainya serta meninggalkan kesan.
Namun beliau tidak menafikan kemungkinan seseorang boleh hanya melangkah keluar dari tingkap di tingkat 14, kerana ketinggiannya hanya satu meter dari lantai.
Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai 2009 lalu selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, Plaza Masalam.
Inkues bagi menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock bermula pada 29 Julai 2009 ekoran kematiannya menimbulkan tanda tanya kerana beberapa jam sebelum itu dia dipanggil ke SPRM untuk disoal berhubung dakwaan penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri Selangor.
Mahkamah Koroner di Shah Alam pada 5 Januari lalu bagaimanapun memutuskan hasil inkues itu sebagai keputusan terbuka sebelum mahkamah memutuskan untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan.
Prosiding bersambung esok.

Suruhanjaya Teoh: Dua polis, dua cerita berbeza
Suruhanjaya Teoh: Dua polis, dua cerita berbezaJoseph Sipalan
Feb 21, 11
11:47amKongsi 23Satu kesan tapak kasut misteri telah menimbulkan kesangsian berhubung bukti yang ditemui sekitar tingkap tingkat 14, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam, Shah Alam.
Bukti penemuan kesan tapak kasut itu ditimbulkan hari ini semasa pegawai forensik DSP Shahrul Othman memberi keterangan yang bercanggah dengan kenyataan rakannya, Cif Inspektor Mazli Jusoh Che Kob (kiri), yang berkata beliau tidak menemui kesan seumpama itu.
Shahrul memberitahu Siasatan Diraja yang menyiasat kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock bahawa kesan tapak kasut dijumpai pada bawah rangka tingkap, tempat Teoh dikatakan dijumpai jatuh sehingga menyebabkan kematiannya pada 16 Julai 2009.
Katanya, kesan itu dijumpai semasa menjalankan cahaya lampau unggu di rangka tingkap berkenaan.
"Saya tidak ambil kesan tapak kaki itu kerana ia tidak penuh tetapi saya ada ukur dan ambil gambar,” kata Shahrul ketika disoal oleh timbalan pendakwa raya Kwan Li Sa.
Shahrul diarah untuk menjalankan siasatan kedua di lokasi kejadian pada 19 Julai, tiga hari selepas kawasan itu diproses oleh Jusoh dan pasukannya pada 16 Julai.
Sebelum itu, Mazli Jusoh dari bahagian forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, berkata beliau tidak menemui apa-apa kesan yang menunjukkan mangsa telah memanjat keluar daripada tingkap tersebut.
Menurutnya, beliau tidak menjumpai sebarang tanda-tanda di sekitar bingkai tingkap yang menunjukkan seseorang cuba keluar dari tingkap berkenaan.
Pejabat SPRM itu terletak di tingkat 14, Plaza Masalam di Shah Alam manakala mayat Teoh dijumpai pada aras 5 di koridor berkenaan pada 16 Jun 2009 selepas disiasat semalaman sebagai saksi.
Mazli yang disoal oleh wakil Majlis Peguam, Chris Leong, juga bersetuju jika seseorang ingin keluar ikut tingkap, mereka akan memegang bingkai tingkap ataupun duduk di ambangnya - yang kemungkinan besar akan meninggalkan tanda-tanda.
Bagaimanapun, beliau tidak menafikan ada kemungkinan mangsa boleh melangkah sendiri untuk keluar daripada tingkap di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam kerana ukuran daripada lantai ke bingkai tingkap itu hanya tiga kaki tiga inci.
"Dengan ukuran itu, seseorang boleh melangkah keluar daripada tingkap dengan cara biasa," katanya.
Mazli, yang juga saksi keenam dalam prosiding itu turut bersetuju dengan Leong bahawa seseorang itu perlu memegang bingkai tingkap ataupun duduk di ambangnya (atas bingkai tingkap) sekiranya ingin memanjat keluar daripada tingkap.
Selain itu, ketika disoal bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T Selventhiranathan, sama ada pihak forensik menyifatkan siasatan kes ini membabitkan kes bunuh diri atau sebaliknya, Mazli memberitahu pihaknya melihat kes yang disiasat oleh mereka membabitkan jenayah bukannya bunuh diri.
Suruhanjaya Siasatan itu dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman; Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Sunday, February 20, 2011
Tiada tanda-tanda Teoh lompat, kata polis
Joseph Sipalan
Feb 21, 11
11:47amKongsi 12Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock dimaklumkan bahawa tiada bukti yang ditemui menunjukkan pembantu politik DAP itu melompat dari sebuah tingkap di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut penyiasat forensik, Mazli Jusoh Che Kob beliau tidak menjumpai sebarang tanda-tanda di sekitar bingkai tingkap yang menunjukkan seseorang cuba keluar dari tingkap berkenaan.

Thursday, February 17, 2011
Siasatan TBH: Tiada cap jari diambilJoseph Sipalan
Feb 18, 11
12:50pmKongsi 0Pegawai forensik yang menyiasat tempat Teoh Beng Hock ditemui mati di bangunan yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor berkata beliau tidak mengambil sebarang cap jari yang ditemui di tempat kejadian, kerana tidak mempunyai cukup "ciri-ciri".
Dalam keterangannya kepada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, ketua inspektor Mazli Jusoh Che Kob (kiri) berkata beliau hanya dapat menemui tiga hingga empat ciri pada cap jari di bingkai tingkap tingkat 14 Plaza Masalam, tempat Teoh didakwa jatuh menemui ajalnya dua tahun lalu.
Mazli menjelaskan bahawa cap jari yang boleh dibaca, memerlukan sekurang-kurangnya lapan ciri bagi dipertimbangkan untuk diambil.
Katanya, berdasarkan itu, beliau memutuskan untuk tidak mengambil cap jari itu atau mengambil gambarnya.
Siasatan suruhanjaya diraja itu bermula pada 14 Februari. Ia mempunyai tempoh tiga bulan dari tarikh ia ditubuhkan pada 26 Januari, untuk menyelesaikan siasatannya.

Suruhanjaya arah Pornthip, Vanezis dipanggil
KUALA LUMPUR 17 Feb. 2011 – Suruhanjaya Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock hari ini memerintahkan supaya pakar patologi Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand dan pakar forensik Britain, Profesor Dr. Peter Vanezis dipanggil memberi keterangan walaupun mereka tidak tersenarai sebagai saksi.
Nama kedua-duanya tidak tercatat dalam senarai 36 saksi yang dijadualkan memberi keterangan sepanjang prosiding tersebut.
Pengerusi Suruhanjaya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen berkata, ahli panel sebulat suara berpendapat, keterangan kedua-dua pakar bedah itu amat penting bagi membantu siasatan.
Pornthip pernah enggan hadir untuk memberi keterangan kali kedua pada prosiding inkues di Mahkamah Koroner Shah Alam, Selangor selepas bimbang keselamatannya di negara ini.
Pakar bedah itu yang dilantik oleh kerajaan Selangor bagaimanapun bersetuju hadir selepas diberi jaminan keselamatan oleh kerajaan.
Pornthip dalam keterangannya berpendapat, Beng Hock mati dibunuh berdasarkan kesan lebam yang ditemui pada leher menyebabkan kuburnya digali dan mayatnya dibedah siasat untuk kali kedua oleh pakar patologi berbeza pada 22 November tahun lalu.
Dalam bedah siasat kedua itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghantar Vanezis yang kemudian memberi keterangan bahawa kecederaan Beng Hock menunjukkan lelaki itu sedar sepenuhnya pada masa kejadian.
Sehubungan itu, Cheng Yuen yang merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan mengarahkan pegawai pengendali dari Jabatan Peguam Negara (AGC) mengambil langkah tertentu bagi memastikan kehadiran kedua-dua saksi berkenaan.
“Selepas melawat tempat kejadian, kami sepakat agar kedua-dua pakar bedah tersebut dipanggil membantu prosiding siasatan kerana keterangan mereka amat material,” ujar beliau.
Cheng Yuen menyatakan demikian sejurus sebelum suruhanjaya itu mula mendengar keterangan saksi pertama pada hari ketiga sidang yang berlangsung di Bilik Mahkamah Sivil Baharu (NCvC) 3, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini

Kes Beng Hock: Peguam Selangor pula umum tarik diri
17/02/2011 3:52pm
KUALA LUMPUR 17 Feb. – Selepas ahli keluarga dan peguam pemerhati menarik diri daripada terlibat dalam prosiding Suruhanjaya Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock, hari ini peguam yang mewakili kerajaan negeri Selangor pula turut berbuat demikian.
Malik Imtiaz Sarwar memaklumkan hasrat untuk menarik diri sebaik sahaja prosiding suruhanjaya bermula pada pukul 2.30 petang ini.
Beliau yang turut tidak berpuas hati dengan penglibatan Jabatan Peguam Negara serta kegagalan suruhanjaya menangguhkan prosiding dilihat terus meninggalkan mahkamah. – Utusan

Wednesday, February 16, 2011
Permohonan semakan inkues Teoh - 23
17, 11 10:07amKongsi 0Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menetapkan 23 Mei depan sebagai tarikh pendengaran semakan kehakiman terhadap keputusan terbuka mahkamah Koroner membabitkan kematian, setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki menetapkan 23 Mei, berikutan permohonan oleh pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Dzulkifli Ahmad.
Peguam Karpal Singh yang mewakili keluarga Teoh pada pagi ini tidak mengemukakan sebarang bantahan selepas Mohtarudin menetapkan tarikh itu.
Di luar mahkamah, Karpal memberitahu pemberita bahawa pendengaran semakan keputusan koroner itu adalah berlainan daripada siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Diraja mengenai punca kematian Teoh.
"Sebab itulah kami tidak mahu terlibat dalam prosiding suruhanjaya ini," kata Karpal.
Beliau berkata sepatutnya siasatan Suruhanjaya Diraja tidak berjalan serentak dengan semakan kehakiman berkenaan.
Semakan kehakiman itu dibuat oleh Pejabat Peguam Negara yang tidak berpuas hati dengan penghakiman keputusan terbuka yang dibuat pada 5 Januari lalu.
Koroner Azmil Muntapha Abas dalam penghakiman terbuka berhubung inkues Teoh, yang ditemui mati pada 16 Julai 2009 memutuskan punca kematian pembantu politik itu bukan kerana bunuh diri mahupun dibunuh.
Teoh, 30 setiausaha politik kepada exco Negeri Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Palza Masalam di Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu

Suruhanjaya Siasatan Teoh lawat lokasi kejadian
Feb 17, 11 11:27amKongsi 0Anggota Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock pagi ini melawat tempat kejadian di Plaza Masalam di Shah Alam.
Pengerusinya Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan empat anggota lain tiba di bangunan itu pada 9.50 pagi.
Ini merupakan lawatan pertama anggota suruhanjaya itu ke lokasi kejadian sejak ia memulakan prosidingnya Isnin lalu.
Anggota lain suruhanjaya itu ialah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T Selventhiranathan serta Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik dan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom.
Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 26 Jan lalu atara lainnya bagi menyiasat punca kematian Teoh elepas Mahkamah Koroner membuat "keputusan terbuka" berhubung kes itu.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota exco Selangor, Ean Yong Hian ah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam elepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia awangan Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.
- Bernama

Prosiding suruhanjaya: Keluarga, peguam Beng Hock tarik diri
16/02/2011 3:55pm
KUALA LUMPUR 16 Feb. – Keluarga Teoh Beng Hock dan peguam-peguam yang mewakili mereka hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada prosiding suruhanjaya untuk menyiasat kematian setiausaha politik Exco Selangor itu.
Peguam Karpal Singh memaklumkan demikian selepas permohonannya untuk menyingkirkan pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri James Foong Cheng Yuen yang merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan ditolak oleh panel-panel yang bersidang hari ini.
Karpal, peguam Gobind Singh Deo dan semua ahli keluarga Beng Hock dilihat terus meninggalkan bilik bicara selepas permohonan untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan semakan kehakiman berhubung penyingkiran pegawai pengendali turut ditolak. – Utusan

Monday, February 14, 2011
Keluarga Beng Hock dibenar fail semakan
Oleh Norhashimah Mohd Radzali
norhashimah@bharian.com.my
2011/02/15
PROSIDING suruhanjaya siasatan kematian Beng Hock dirakam secara litar tertutup di ruang legar Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.Prosiding suruhanjaya ditangguh petang esok
KUALA LUMPUR: Prosiding suruhanjaya siasatan kematian bekas pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, ditangguhkan petang esok bagi memberi peluang peguam keluarga Beng Hock memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan suruhanjaya itu yang pertama kali mula bersidang semalam. Terdahulu, Pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri James Foong Cheng Yuen memutuskan untuk meneruskan prosiding itu sehingga ada perintah dari Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung semakan dikemukakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail terhadap keputusan terbuka Koroner dalam inkues bagi menyiasat kematian Beng Hock itu. Suruhanjaya juga menolak permohonan peguam keluarga Beng Hock, Karpal Singh dan Gobind Singh Deo supaya pegawai pengendali siasatan itu, Timbalan Ketua Bahagian Guaman I, S Amarjeet Singh; Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armada Jaya Awang Mahmud dan Kwan Li Sa digugur daripada prosiding kerana mereka dari Pejabat Peguam Negara.
Dalam keputusannya, Foong berkata, Amarjeet dalam hujahnya berjaya meyakinkan pihaknya akan bertindak secara bebas sebagai pegawai pengendali siasatan itu dan bukannya mewakili Pejabat Peguam Negara.
Sementara itu, adik perempuan Beng Hock, Lee Lan mewakili keluarganya turut dibenarkan Foong menyatakan rasa tidak puas hatinya ketika prosiding berjalan.
Foong kemudian meminta Lee Lan memahami tugas suruhanjaya itu yang bukannya hanya untuk memuaskan hati keluarganya, malah menggalas tanggungjawab lebih besar yang mana semua warga di negara ini ingin mengetahui kebenaran yang berlaku terhadap Beng Hock.
Seramai 36 saksi dipanggil termasuk pakar forensik, Dr Shahidan Md Noor dari Hospital Sungai Buloh; Dr Khairul Azman Ibrahim dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan Dr Prashant Naresh Samberkar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, yang pernah memberikan keterangan dalam inkues

Sunday, February 13, 2011
Suruhanjaya tentukan bilangan saksi
2011/02/14
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan kes kematian Teoh Beng Hock, pembantu khas kepada anggota exco kerajaan negeri Selangor, akan memulakan sidang pertamanya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini hari ini.
Sidang pertama suruhanjaya itu, yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, bakal menentukan bilangan saksi serta sejauh mana siasatan akan berlangsung. Suruhanjaya Siasatan itu dijangka memanggil saksi pertama selepas menyatakan keputusan terhadap permohonan keluarga Teoh yang diwakili peguam Karpal Singh dan Gobind Singh Deo supaya mereka dibenarkan untuk menyoal saksi seperti mana inkues sebelum ini di Shah Alam.
Suruhanjaya itu akan juga membuat keputusan di atas pandangan Karpal, jika prosiding dimulakan ia akan menimbulkan 'konflik penemuan'. – BERNAMA

Subscribe to:
Posts (Atom)