Monday, February 21, 2011

Lebih 30 SMS bahasa Cina Beng Hock didedahkan

Lebih 30 SMS bahasa Cina Beng Hock didedahkan
22/02/2011 1:08pm


KUALA LUMPUR 22 Feb. - Kandungan lebih 30 khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam bahasa Cina yang tersimpan dalam telefon bimbit milik Teoh Beng Hock serta tidak pernah didedah hari ini diterjemah dalam prosiding suruhanjaya untuk menyiasat kematian Setiausaha Politik Exco Selangor itu.

Isi kandungan semua SMS tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh seorang jurubahasa mahkamah sementara menunggu ia dianalisis semula oleh penyiasat persendirian yang bakal dilantik oleh suruhanjaya.

Turut didedahkan ialah panggilan terakhir serta SMS yang diterima selepas Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai 2009. - Utusan

No comments:

Post a Comment