Oleh Norhashimah Mohd Radzali
norhashimah@bharian.com.my
2011/02/15
PROSIDING suruhanjaya siasatan kematian Beng Hock dirakam secara litar tertutup di ruang legar Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.Prosiding suruhanjaya ditangguh petang esok
KUALA LUMPUR: Prosiding suruhanjaya siasatan kematian bekas pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, ditangguhkan petang esok bagi memberi peluang peguam keluarga Beng Hock memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan suruhanjaya itu yang pertama kali mula bersidang semalam. Terdahulu, Pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri James Foong Cheng Yuen memutuskan untuk meneruskan prosiding itu sehingga ada perintah dari Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung semakan dikemukakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail terhadap keputusan terbuka Koroner dalam inkues bagi menyiasat kematian Beng Hock itu. Suruhanjaya juga menolak permohonan peguam keluarga Beng Hock, Karpal Singh dan Gobind Singh Deo supaya pegawai pengendali siasatan itu, Timbalan Ketua Bahagian Guaman I, S Amarjeet Singh; Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armada Jaya Awang Mahmud dan Kwan Li Sa digugur daripada prosiding kerana mereka dari Pejabat Peguam Negara.
Dalam keputusannya, Foong berkata, Amarjeet dalam hujahnya berjaya meyakinkan pihaknya akan bertindak secara bebas sebagai pegawai pengendali siasatan itu dan bukannya mewakili Pejabat Peguam Negara.
Sementara itu, adik perempuan Beng Hock, Lee Lan mewakili keluarganya turut dibenarkan Foong menyatakan rasa tidak puas hatinya ketika prosiding berjalan.
Foong kemudian meminta Lee Lan memahami tugas suruhanjaya itu yang bukannya hanya untuk memuaskan hati keluarganya, malah menggalas tanggungjawab lebih besar yang mana semua warga di negara ini ingin mengetahui kebenaran yang berlaku terhadap Beng Hock.
Seramai 36 saksi dipanggil termasuk pakar forensik, Dr Shahidan Md Noor dari Hospital Sungai Buloh; Dr Khairul Azman Ibrahim dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan Dr Prashant Naresh Samberkar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, yang pernah memberikan keterangan dalam inkues
Monday, February 14, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment