Sunday, February 13, 2011

Suruhanjaya tentukan bilangan saksi

2011/02/14
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan kes kematian Teoh Beng Hock, pembantu khas kepada anggota exco kerajaan negeri Selangor, akan memulakan sidang pertamanya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini hari ini.

Sidang pertama suruhanjaya itu, yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen, bakal menentukan bilangan saksi serta sejauh mana siasatan akan berlangsung. Suruhanjaya Siasatan itu dijangka memanggil saksi pertama selepas menyatakan keputusan terhadap permohonan keluarga Teoh yang diwakili peguam Karpal Singh dan Gobind Singh Deo supaya mereka dibenarkan untuk menyoal saksi seperti mana inkues sebelum ini di Shah Alam.
Suruhanjaya itu akan juga membuat keputusan di atas pandangan Karpal, jika prosiding dimulakan ia akan menimbulkan 'konflik penemuan'. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment