17, 11 10:07amKongsi 0Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menetapkan 23 Mei depan sebagai tarikh pendengaran semakan kehakiman terhadap keputusan terbuka mahkamah Koroner membabitkan kematian, setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock.
Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki menetapkan 23 Mei, berikutan permohonan oleh pihak pendakwaan yang diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Dzulkifli Ahmad.
Peguam Karpal Singh yang mewakili keluarga Teoh pada pagi ini tidak mengemukakan sebarang bantahan selepas Mohtarudin menetapkan tarikh itu.
Di luar mahkamah, Karpal memberitahu pemberita bahawa pendengaran semakan keputusan koroner itu adalah berlainan daripada siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Diraja mengenai punca kematian Teoh.
"Sebab itulah kami tidak mahu terlibat dalam prosiding suruhanjaya ini," kata Karpal.
Beliau berkata sepatutnya siasatan Suruhanjaya Diraja tidak berjalan serentak dengan semakan kehakiman berkenaan.
Semakan kehakiman itu dibuat oleh Pejabat Peguam Negara yang tidak berpuas hati dengan penghakiman keputusan terbuka yang dibuat pada 5 Januari lalu.
Koroner Azmil Muntapha Abas dalam penghakiman terbuka berhubung inkues Teoh, yang ditemui mati pada 16 Julai 2009 memutuskan punca kematian pembantu politik itu bukan kerana bunuh diri mahupun dibunuh.
Teoh, 30 setiausaha politik kepada exco Negeri Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Palza Masalam di Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu
Wednesday, February 16, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment