Wednesday, February 16, 2011

Prosiding suruhanjaya: Keluarga, peguam Beng Hock tarik diri

16/02/2011 3:55pm


KUALA LUMPUR 16 Feb. – Keluarga Teoh Beng Hock dan peguam-peguam yang mewakili mereka hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada prosiding suruhanjaya untuk menyiasat kematian setiausaha politik Exco Selangor itu.

Peguam Karpal Singh memaklumkan demikian selepas permohonannya untuk menyingkirkan pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri James Foong Cheng Yuen yang merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan ditolak oleh panel-panel yang bersidang hari ini.

Karpal, peguam Gobind Singh Deo dan semua ahli keluarga Beng Hock dilihat terus meninggalkan bilik bicara selepas permohonan untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan semakan kehakiman berhubung penyingkiran pegawai pengendali turut ditolak. – Utusan

No comments:

Post a Comment