Tuesday, February 22, 2011

Suruhanjaya arah siasat semula tempat kejadian

Suruhanjaya arah siasat semula tempat kejadian
23/02/2011 12:57pm


KUALA LUMPUR 23 Feb. - Suruhanjaya Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock mengarahkan agar siasatan tempat kejadian dilakukan sekali lagi pada petang ini bagi mencari bahagian jam tangan setiausaha politik Exco Selangor yang masih belum dijumpai sehingga kini.

Pengerusinya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen berkata, bahan bukti itu amat penting bagi membantu menentukan masa lelaki berkenaan dikatakan terjatuh dari tingkat 14 dan terhempas di koridor tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai 2009.

Dalam keterangan saksi-saksi sebelum ini, hanya tali jam sahaja yang dijumpai di tempat Beng Hock ditemui mati. - Utusan

No comments:

Post a Comment